PENAMBAHAN DEPOSIT SSPN PRIME
Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai Sehingga RM8,000

Tiada Limit Transaksi
Pengesahan Segera
Selamat & Terjamin
Pelepasan taksiran cukai pendapatan SSPN PRIME
-
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
-
Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;
-
Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan
-
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai SSPN .

Panduan Penambahan deposit SSPN Prime Online

Pastikan maklumat pada ruangan seperti pada imej di atas diisi dengan tepat.
1.Masukkan nombor akaun SSPN dengan tepat pada ruangan “Nombor SSPN*”
2.Masukkan amaun penambahan deposit SSPN simpanan pada ruangan “Amaun(RM)*”.
3.Selepas pasti dengan masukan “Nombor Akaun SSPN” dan “Amaun(RM)”, tekan butang “Hantar”.

Sila lakukan semakan maklumat yang dipaparkan pada skrin seperti di atas.
4.Adakah nombor akaun SSPN yang dipaparkan adalah betul.
5.Adakah amaun penambahan deposit SSPN yang dipaparkan adalah betul.
6.Sekiranya maklumat 4 & 5 adalah betul , klik butang “Bayar” untuk melakukan proses deposit SSPN secara online melalui saluran FPX.

Semak maklumat dan lengkapkan maklumat pada paparan skrin di atas untuk pembayaran melalui FPX.
7.Pastikan amaun deposit dipaparkan adalah betul?
8.Pilih bank (internet banking) yang akan digunakan untuk pembayaran bagi simpanan SSPN.
9.Masukkan emel anda yang aktif dengan tepat.
10.Klik(tick) pada ruangan “I agree with the FPX Terms and Conditions”.
11.Klik butang “Bayar” bagi meneruskan pembayaran ( penambahan deposit SSPN )
Skrin pembayaran akan dipaparkan mengikut pilihan bank yang telah dibuat. Teruskan proses pembayaran seperti biasa dimana anda perlu log masuk, semak maklumat pembayaran, request TAC/OTP/etc. dan submit pembayaran.
Pada bahagian bawah laman transaksi online yang berjaya , sila klik “Continue with transaction” / “Return to FPX” untuk membolehkan resit seperti dibawah dijana.