Panduan Penambahan Deposit SSPN PRIME

Sila fahami langkah-langkah diberikan dibawah ini sebelum membuat penambahan deposit SSPN Prime. Untuk penambahan deposit sspn prime lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran kepada Pegawai Rasmi PTPTN melalui WhatsApps MOHD SHAH ANUAR atau email ke m_shah@ptptn.gov.my  untuk 
SEMAKAN PENYATA SSPN

Pastikan maklumat di isi dengan tepat mengikut ruangan yang disediakan

Klik pada penambahan deposit online DISINI

1. Masukkan nombor akaun SSPN Prime dengan tepat pada ruangan “Nombor SSPN*”.

2. Masukkan amaun penambahan simpanan pada ruangan  “Amaun(RM)*”.

3. Semak semula “Nombor SSPN Prime” dan “Amaun(RM)”, tekan butang “Hantar”.

** Sekiranya terlupa atau inginkan pengesahan nombor akaun SSPN Prime anda, WhatsApps MOHD SHAH ANUAR atau email ke m_shah@ptptn.gov.my

 

Sila lakukan semakan maklumat yang dipaparkan pada skrin.

4. Adakah nombor akaun SSPN Prime yang dipaparkan adalah betul?

5. Adakah amaun penambahan deposit sspn prime yang dipaparkan adalah betul?

6. Sekiranya maklumat 4 & 5 adalah betul , klik butang “Bayar” untuk melakukan proses deposit secara online melalui saluran FPX

 

Semak maklumat dan lengkapkan maklumat pada paparan skrin di atas untuk pembayaran melalui FPX

 

7. Pastikan amaun dipaparkan adalah betul.

8. Pilih bank (internet banking) yang akan digunakan untuk pembayaran bagi simpanan SSPN-i.

9. Masukkan emel anda yang aktif dengan tepat. 

10. Klik(tick) pada ruangan  “I agree with the FPX Terms and Conditions”. 

11. Klik butang “Bayar” bagi meneruskan pembayaran.

**Skrin pembayaran akan dipaparkan mengikut pilihan bank yang telah dibuat. Teruskan proses pembayaran seperti biasa dimana anda perlu log masuk, semak maklumat pembayaran, request TAC/OTP/etc. dan submit pembayaran.

Pada bahagian bawah laman transaksi online yang berjaya , sila klik “Continue with transaction” / “Return to FPX” untuk membolehkan resit seperti dibawah dijana

Paparan ini adalah resit akhir penambahan simpanan SSPN-i  secara online melalui saluran FPX.

TAHNIAH! Deposit anda telah berjaya.

RESIT 1: Paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" setelah anda berjaya melakukan deposit.

RESIT 2: Anda akan menerima emel FPX transaction setelah anda berjaya melakukan deposit. Sila semak inbox emel anda.

*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" & "FPX Transaction" untuk simpanan atau rujukan akan datang

 
Untuk penambahan deposit sspn prime lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran kepada Pegawai Rasmi PTPTN melalui WhatsApps MOHD SHAH ANUAR atau email ke m_shah@ptptn.gov.my  untuk SEMAKAN PENYATA SSPN

TAMBAH DEPOSIT SSPN PRIME SEKARANG

Call us for any querry
019-9091819
or email us on
m_shah@ptptn.gov.my