sspn i plus

Senarai Pemenang Kempen myPTPTN, Klik-klik Je! SSPN

Sempena pelancaran aplikasi mudah alih myPTPTN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Kempen myPTPTN, Klik-klik je!, dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM250,000. Kempen ini terbuka kepada semua pengguna aplikasi mudah alih yang menggunakan perkhidmatan disediakan sepanjang tempoh kempen bermula 29 Mac sehingga 15 Jun 2022 yang lalu.

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan pelanggan PTPTN memuat turun dan menggunakan aplikasi mudah alih myPTPTN dan seterusnya menggunakan perkhidmatan yang disediakan di dalam aplikasi tersebut.  Selain itu, kempen ini juga adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada peminjam dan pendeposit setia Simpan SSPN sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN.

Penentuan pemenang mengikut kategori adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:


Kategori Pemilihan Pemenang Hadiah Senarai Pemenang
Muat turun aplikasi myPTPTN
di telefon pintar dan membuat
pengesahan identiti
Permohonan yang ke-252, ke2,525, ke-25,252 RM10,000 x 5            
Transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN yang berjaya Permohonan yang ke-25, ke-252, ke2,525, ke-25,252  RM10,000 x 6
Transaksi penambahan deposit Simpan SSPN yang berjaya Permohonan yang ke-25, ke-252, ke2,525, ke-25,252  RM10,000 x 6
Permohonan potongan gaji
yang lengkap
Permohonan yang ke-25, ke-252, ke2,525, ke-25,252  RM10,000 x 4
Permohonan debit terus yang lengkap Permohonan yang ke-25, ke-252, ke2,525, ke-25,252 RM10,000 x 4


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

sspn i plus

Senarai Pemenang Cabutan Siri Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN pada tahun ini. Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN. Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN.

Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN pada kali ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri Silver 1, Silver 2 dan Silver 3. Bagi Cabutan Siri Silver 1, tempoh kempen bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2022. Manakala bagi Cabutan Siri Silver 2, tempoh kempen bermula 1 Julai hingga 30 September 2022 yang lalu. Berikut adalah senarai pemenang:

Senarai Pemenang Cabutan Siri Silver 1:

​ 
Hadiah Senarai Pemenang

Tunai bernilai RM2,525 x 25 pemenang

              

Senarai Pemenang Cabutan Siri Silver 2:

Hadiah Senarai Pemenang

Tunai bernilai RM2,525 x 25 pemenang

            


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

sspn i plus

Senarai Pemenang Kempen Gong Xi Ang Pow 2022

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang disambut pada 1 Februari 2022 yang lalu, PTPTN telah menganjurkan kempen Gong Xi Ang Pow 2022. Kempen ini telah dianjurkan di Peringkat Negeri dan menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM100,000.00 untuk dimenangi. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Tempoh promosi kempen adalah selama sebulan iaitu bermula pada 15 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022 yang lalu.

Berikut adalah senarai pemenang :

Hadiah Pemenang

Pertama : TV Pintar 4K 50’’

Kedua : Periuk Tekanan Tinggi

Ketiga : Basikal Lipat

Saguhati : Ang Pow bernilai RM388

      

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.