PENAMBAHAN DEPOSIT SSPN PRIME MELALUI ONLINE FPX

Untuk penambahan deposit sspn lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran kepada Pegawai Rasmi PTPTN melalui WhatsApps MOHD SHAH ANUAR atau email ke m_shah@ptptn.gov.my  untuk SEMAKAN PENYATA SSPN

Untuk makluman pembukaan akaun SSPN Prime perlu di buat melalui Aplikasi myPTPTN.
 
Tiada Limit Transaksi

Tiada Limit Transaksi

Pendeposit boleh membuat penambahan deposit terus ke akaun SSPN Prime tanpa limit transaksi harian lebih memudahkan.
Pengesahan Segera

Pengesahan Segera

Pendeposit boleh membuat semakan dengan kadar segara selepas membuat penambahan deposit ke dalam akaun SSPN Prime.
Selamat & Terjamin

Selamat & Terjamin

Tanpa membawa wang tunai ke kaunter untuk penambahan deposit anda boleh lakukan di mana-mana jua berada dan tanpa mengira masa.

Panduan Penambahan deposit SSPN Prime Online

Sila fahami langkah-langkah diberikan dibawah ini sebelum tambah deposit SSPN Prime online
penambahan deposit sspn

Pastikan maklumat pada ruangan seperti pada imej di atas diisi dengan tepat.

1.Masukkan nombor akaun SSPN dengan tepat pada ruangan “Nombor SSPN*”

2.Masukkan amaun penambahan deposit SSPN simpanan pada ruangan “Amaun(RM)*”.

3.Selepas pasti dengan masukan “Nombor Akaun SSPN” dan “Amaun(RM)”, tekan butang “Hantar”.

deposit sspn online

Sila lakukan semakan maklumat yang dipaparkan pada skrin seperti di atas.

4.Adakah nombor akaun SSPN yang dipaparkan adalah betul.

5.Adakah amaun penambahan deposit SSPN yang dipaparkan adalah betul.

6.Sekiranya maklumat 4 & 5 adalah betul , klik butang “Bayar” untuk melakukan proses deposit  SSPN secara online melalui saluran FPX.

Image

Semak maklumat dan lengkapkan maklumat pada paparan skrin di atas untuk pembayaran melalui FPX.

7.Pastikan amaun deposit dipaparkan adalah betul?

8.Pilih bank (internet banking) yang akan digunakan untuk pembayaran bagi simpanan SSPN.

9.Masukkan emel anda yang aktif dengan tepat.

10.Klik(tick) pada ruangan “I agree with the FPX Terms and Conditions”.

11.Klik butang “Bayar” bagi meneruskan pembayaran ( penambahan deposit SSPN )

Skrin pembayaran akan dipaparkan mengikut pilihan bank yang telah dibuat. Teruskan proses pembayaran seperti biasa dimana anda perlu log masuk, semak maklumat pembayaran, request TAC/OTP/etc. dan submit pembayaran.

Pada bahagian bawah laman transaksi online yang berjaya , sila klik “Continue with transaction” / “Return to FPX” untuk membolehkan resit seperti dibawah dijana.

tambah deposit sspni
Paparan di atas adalah resit akhir penambahan Deposit simpanan SSPN-i secara online melalui saluran FPX.
Untuk penambahan deposit SSPN lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran ke alamat email EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN m_shah@ptptn.gov.my untuk SEMAKAN PENYATA SSPN
 
penambahan deposit sspn i prime

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL

Jom sertai sekarang, pelbagai keistimewaan diberikan SSPN