Daftar SSPN i Plus
Terdapat enam pilihan pakej simpanan yang di tawarkan dan 3 jenis pilihan takaful Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB).
PAKEJ SIMPANAN SSPN PLUS ONLINE
PAKEJ INTAN SSPN PLUS
- Serendah RM 30 SAHAJA!
- Simpanan SSPN RM20
- Sumbangan Takaful RM10
- Unjuran Simpanan RM7500
- Manfaat Takaful RM60000
- Pelepasan Cukai RM11000
PAKEJ DELIMA SSPN PLUS
- Simpanan SSPN RM40
- Sumbangan Takaful RM10
- Unjuran Simpanan RM15000
- Manfaat Takaful RM60000
- Pelepasan Cukai RM11000
- 1 x Cabutan WOW!
PAKEJ TOPAS SSPN PLUS
- Simpanan SSPN RM90
- Sumbangan Takaful RM10
- Unjuran Simpanan RM34000
- Manfaat Takaful RM60000
- Pelepasan Cukai RM11000
- 2 x Cabutan WOW!
PAKEJ ZAMRUD SSPN PLUS
- Simpanan SSPN RM180
- Sumbangan Takaful RM20
- Unjuran Simpanan RM68000
- Manfaat Takaful RM120000
- Pelepasan Cukai RM11000
- 4 x Cabutan WOW!
PAKEJ NILAM SSPN PLUS
- Simpanan SSPN RM270
- Sumbangan Takaful RM30
- Unjuran Simpanan RM103000
- Manfaat Takaful RM180000
- Pelepasan Cukai RM11000
- 6 x Cabutan WOW!
PAKEJ BERLIAN SSPN PLUS
- Simpanan SSPN RM200
- Sumbangan Takaful RM300
- Unjuran Simpanan RM76000
- Manfaat Takaful RM1,200,000
- Pelepasan Cukai RM11000
- 10 x Cabutan WOW!
KEISTIMEWAAN SIMPANAN SSPN PLUS
- Produk patuh syariah;
- Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);
- Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
- Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
- Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
- Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
- Simpanan dijamin Kerajaan
SYARAT PEMBUKAAN AKAUN SSPN PLUS
PENDEPOSIT
Pendeposit SSPN Plus mestilah Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan sehingga mencapai umur 69 tahun (Tertakluk Kepada polisi Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih)
PENERIMA MANFAAT
- Warganegara Malaysia yang berumur sehari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
- Penerima Manfaat SSPN Plus mestilah Anak sendiri atau anak kandung serta anak angkat yang sah ( mempunyai sijil pengangkatan)
- Pendeposit boleh membuka satu akaun bagi satu penerima manfaat.
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN Plus penerima manfaat yang sama.
- Pendeposit WAJIB mengisi borang potongan gaji / auto debit / direct debit untuk bayaran komitmen bulanan. ( Salah Satu )
PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SIMPAN SSPN PLUS
- Pendeposit dibenarkan menutup akaun pada bila-bila masa dan mengeluarkan semua simpanan SSPN Plus dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN.
- Pendeposit boleh membuat pengeluaran simpanan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun dengan syarat mempunyai jumlah minimum simpanan yang perlu kekalkan dalam akaun sebanyak RM1,000.

TEMPOH MENUNGGU TUNTUTAN TAKAFUL SSPN PLUS
MANFAAT | TEMPOH MENUNGGU MENGIKUT SPT | ||
HLMT | GETB | TIFB | |
Kematian Biasa |
- Pakej Berlian: 3 bulan dari tarikh kuat kuasa - Pakej Lain: Perlindungan serta merta |
- Perlindungan Serta Merta |
-Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada - Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada) - Pakej Berlian 3 bulan |
Kematian Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta |
Keilatan Kekal Biasa | - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada | - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) | - 6 bulan untuk penyakit sedia ada |
Keilatan Kekal Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta |
Keilatan Separa Kekal Biasa |
- Biasa– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada - Kemalangan– Perlindungan Serta Merta |
- Pakej Berlian sahaja: 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) |
- Pakej Berlian perlindungan serta merta - Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada - Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada). |
Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Tiada | |
Penyakit Kritikal |
- Kanser dan Penyakit Berkaitan - Jantung– 60 hari dari tarikh kuat kuasa - Penyakit Lain– 30 hari dari tarikh kuat kuasa - Keadaan Sedia Ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa |
- 30 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Kanser, Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama, Penyakit Koronari Arteri Lain yang Serius) - 60 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk penyakit kritikal lain) |
- 30 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus) - 60 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus) |
KAEDAH TUNTUTAN TAKAFUL SSPN PLUS
-
Hadir ke mana-mana cawangan PTPTN berhampiran anda dan dapatkan borang serta lengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Takaful.
-
Di dalam borang tersebut pilih jenis permohonan yang ingin dituntut
-
Pastikan semua dokumen sokongan disediakan.
-
-
Hantar Borang Permohonan Tuntutan Takaful beserta semua dokumen yang berkaitan ke mana-mana Pejabat PTPTN Negeri atau Pejabat PTPTN Cawangan.
PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN PENDEPOSIT SSPN PLUS
-
Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM8,000 bagi simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
-
Melalui Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM7,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP.
-
Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.