PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI SIMPAN SSPN PRIME

Semua pendeposit SSPN Prime yang layak akan menerima pelepasan cukai sehingga RM8000.*
*Tertakluk terma dan syarat.
Untuk penambahan deposit sspn lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran kepada Pegawai Rasmi PTPTN melalui WhatsApps MOHD SHAH ANUAR atau email ke m_shah@ptptn.gov.my  untuk SEMAKAN PENYATA SSPN
 
Image
Image
Image

Terma Syarat Pelepasan taksiran cukai pendapatan SSPN PRIME

  • Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

  • Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;

  • Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

  • Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai SSPN .