Cara Daftar Akaun SSPN Secara Online
Panduan pembukaan akaun SSPN Plus dan SSPN Prime secara online tanpa perlu hadir ke kaunter.
Layari Laman Web
Untuk membuat pendaftaran akaun SSPN Prime dan SSPN Plus secara online, layari laman web
Pakej Simpanan
Pilih jenis akaun yang ingin di buka SSPN PRIME atau SSPN PLUS, dan klik pada salah satu butang tersebut. Untuk SSPN PLUS, pilih pakej simpanan bulanan yang ditawarkan, terdapat 6 pakej simpanan serendah RM30 sebulan sahaja. Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit. Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.
Lengkapkan Maklumat Pendeposit dan anak
Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.
Pilih Kaedah Potongan
Anda boleh memilih cara bayaran bulanan melalu autodebit terus dari akaun bank dengan SSPN Plus. Fahami dengan teliti terma dan syarat yang ditetapkan dan Klik ‘Setuju’. Untuk autodebit terdapat 4 pilihan sahaja Maybank, Bank Simpanan Nasional, RHB bank dan Bank Islam.
Membuat Bayaran Deposit Pembukaan
Membuat deposit pembukaan melalui online banking dan jumlah deposit pembukaan adalah SSPN Prime paling minimum RM20 dan untuk akaun SSPN-i Plus (dua bulan deposit) mengikut pakej simpanan dipilih serendah RM30 sebulan. Pilih bank yang di sediakan untuk permohonan autodebit bulanan. (bagi akaun SSPN Plus untuk deposit kurang dari 6 bulan anda wajib mohon permohonan autodebit bulanan atau direct dibet).
Membuat Pengesahan
Resit dan ringkasan takaful akan di paparkan untuk rujukan pengesahan dan simpanan. Selepas selesai daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit SSPN , pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online. Lebih mudah dan cepat tanpa perlu keluar dan beratur di kaunter lagi. Dengan adanya akaun SSPN ini, anak-anak akan layak secara automatik untuk mendapat bantuan pinjaman PTPTN apabila melanjutkan pendidikan ke IPTA / IPTS.